Aktiviti mewarna bertemakan Suasana Hari Raya yang bakal menjelma.
Jumla peserta : 48 Orang dari 2 Tadika berhampira
Tadarus Al-quran merupakan salah satu cadangan aktiviti sempena Program #MALAYSIANGAJI. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan budaya membaca dan berinteraksi dengan Al-Quran di kalangan masyarakat. Selain itu dapat mengeratkan hubungan antara petugas serta pengguna bagi kawasan setempat serta dan melihat perpustakaan lain.
Peserta terdiri dari penduduk setempat dan sekitar perpustakaan. Kanak-kanak yang terlibat terdiri dari pelajar Tadika Islam Simpang Empat dan Tadika Perpaduan Simpang Empat.
Peserta terdiri dari penduduk setempat dan sekitar perpustakaan. Kanak-kanak yang terlibat terdiri dari pelajar Tadika Islam Simpang Empat dan Tadika Perpaduan Simpang Empat.
Program ini merupakan satu program kerjasama bersama dengan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Perpustakaan Cawangan Simpang Empat dan Perpustakaan Desa Zon 4, Mini RTC Bongor Kudong, Parlimen Arau, JKKK Kampung Bongor Kudong, AJK Masjid Bongor Kudong.
Program berbentuk aktiviti kebajikan ini bertujuan untuk merapatkan Agensi Perpustakaan dengan Agensi Kerajaan lain, AJK Masjid dan juga penduduk sekitar dan juga pengguna perpustakaan yang berdekatan. Moga dengan aktiviti seperti ini akan terus dapat menjalinkan silatirrahim dengan pennguna.
Tarikh : 14.06.2016
Tempat: Bahagian Kanak2
Peserta: 10 orang
Peserta diminta untuk menjawab kuiz dan juga melengkapkan silangkata yang telah diberikan.
Lawatan ke Rumah Anak-anak yatim dan juga rumah Perlindungan Darul Falah Ummi Aishah di Kampung Behor Masjid, Jalan Kuala Perlis, Perlis. Lawatan ini dapat mengenal pasti jenis aktiviti-aktiviti yang boleh di jalankan pada masa hadapan. Selain dari itu dapat juga memberi sedikit sumbangan berbentuk barangan keperluan seharian sempana Bulan Ramadhan.
Jumlah peserta : 8 Orang
Tempat : Rumah Perlindungan Darul Falah Ummi Aishah
Kampung Behor Masjid,
Jalan Kuala Perlis, Perlis.